Para dermawan yang budiman, di bahagian ini merupakan halaman sumbangan berkaitan pengurusan Madrasah Pondok & Tahfiz termasuk makanan harian/bulanan para pelajar disini, gaji guru-guru yang mengajar samada bahagian tahfiz mahupun kitab pondok, aktivti-aktiviti pelajar, ubat-ubatan pelajar, bil api air dan lain-lain yang berkaitan insyaAllah.
InsyaAllah keperluan makan yang diperlukan disini iaitu RM10,000 sebulan.
Bagi Tuan/Puan yang ingin menyumbang barang mentah/makanan kering boleh datang ke alamat Lot 2731, jalan permatang sungai dua, 13220 kepala batas pulau pinang serta boleh hubungi Mudir/Pengasas Madrasah di talian 011-69400693 untuk datang insyaAllah.
Ubat-ubatan yang diperlukan di sini bagi pelajar-pelajar ataupun guru-guru yang sakit iaitu RM700 sebulan.
InsyaAllah aktivi-aktiviti riadhoh bagi pelajar-pelajar yang penat lelah mengaji sepanjang masa kami ada menyediakan hari rehat mereka seperti bawa mereka berkelah dan seumpamanya, kos yang digunakan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh madrasah tanpa minta (susahkan) dari waris mereka. Kos yang diperuntukkan ialah RM2000.
Gaji guru yang diperuntukkan setiap bulan untuk 3 orang guru iaitu RM3600.
Bil api air yang digunakan pakai oleh pelajar-pelajar serta guru di Madrasah iaitu sebanyak RM2000 sebulan.
BAGAIMANA TUAN PUAN BOLEH MEMBANTU KAMI?
InsyaAllah bagi Tuan Puan yang ingin membantu Madrasah Pondok Tahfiz kami boleh tekan di halaman INFAQ WAQAF DISINI ya. Terima Kasih.